Tuesday, 7 February 2012

Kesalahan Diet

10 Kesalahan Semasa Diet
·         1 Terlampau ghairah mengira kalori.
·         2 Tidak minum air yang mencukupi.
·         3 Makan roti, pasta dan ubi kentang lebih banyak berbanding protein, daging segar, buah dan sayur.
·         4 Makan makanan proses lebih banyak dari makanan segar.
·         5 Memasak sayur berlebihan menyebabkan khasiatnya hilang.
·         6 Tidak merancang dengan betul program diet.
·         7 Menyalahkan orang lain di atas kegagalan program diet anda.
·         8 Menyudahkan juga sisa makanan sedangkan anda telah kenyang.
·         9 Mengabaikan sarapan pagi.
·         10 Berlapar sepanjang hari kononnya sedang mengamalkan program diet.

 


Nak diet memang la memerlukan keazaman yang kuat dan perlu dilaksanakan dengan penuh berdisplin. Seringkali bila kita nak diet kita tidak mampu melaksanakan seperti yang disarankan seperti :

1) Tidak menahan lapar .. terpaksa menahan lapar dengan skip waktu makan atau tidak makan disiang hari

2) Tidak makan waktu malam atau makan sebelum pukul 7 malam .. pukul 11 malam makan maggi atau biskutsebab lapar

3) Tidak makan 2 jam sebelum tido..makan then 1/2 jam lepas tu terus masuk tido

4) Tidak mengambil karbohidrat yang banyak.. pagi nasi lemak atau roti canai..tengahari bihun sup..petang kuih muih..malam nasi berlauk...

5) Bersenam selama 15-20 minit .. 1 minit pun da penat

6) Minum 8 scoop sehari SD2 .. kadang-kadang ambil kadang-kadang tidak

7) Minum 8 gelas air sehari .. 2 gelas pun susah nak minum

8) Minum air kosong..lepas makan ambil teh ais or limau air or sirap

9) Kurangkan makan atau minum yang manis-manis..amik kek, ais krim, coklat

10) Berjalan2 selepas makan..duduk depan tv dan lepak2..terus terlelap

Tips Sihat


Tip Gaya Hidup yang Sihat



  • Kurangkan pengambilan garam, lemak dan gula.
  • Elak dari menjadi gemuk
  • Makan makanan yang seimbang dengan melebihkan bahagian buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.
  • Hadkan pengambilan minuman beralkohol kepada 1-2 minuman sehari.
  • Bersenam selalu tetapi jangan melakukannya secara melampau
  • Belajar untuk beristirehat.
  • Periksa tekanan darah anda selalu. Jika umur anda melebihi 40 tahun, lakukan setahun sekali atau lebih kerap jika hipertensi telah pun dikesan.

Obesiti Dan Pemakanan 

Ketagihan gula
Tubuh manusia mudah menjadi ketagih terhadap pelbagai jenis bahan dan molekul kimia seperti alkohol, kafein, garam dan gula. Otak manusia mempunyai sejenis memori yang mengesan bahan kimia.


Apabila lidah merasa bahan kimia tersebut, otak akan membuat rakaman memori itu. Apabila tidak mendapat bahan tersebut, otak akan ‘meminta’ sehingga akhirnya ketagihan berlaku sehingga akhirnya mengganggu sistem tubuh kita.

         
   
Ketagihan gula menyebabkan perubahan struktur dalaman dalam darah sehingga menyukarkan pembakaran lemak secara efektif. Akibatnya tubuh kita cenderung mengumpulkan lemak. Seseorang yang ketagihan gula cenderung untuk minum minuman manis beberapa kali sehari.
Kita juga cepat lapar dan mudah letih. Bila mengambil minuman manis dia berasa seolah-olah bertenaga. Namun perasaan itu tidak kekal lama. Dalam tempoh beberapa jam dia teringin minuman manis semula. Dengan erti kata lain perasaan letih dan lapar yang dialaminya merupakan satu ketagihan.
Meskipun banyak gula diambil, paras gula dalam darah sentiasa rendah (hypoglycaemia). Tubuh begitu cepat menukarkan gula kepada lemak. Kadar tindak balas kimia dalam darah begitu cepat sebenarnya merupakan sesuatu yang tidak baik.
Pada peringkat awal golongan ini menganggap diri mereka sihat kerana doktor memberitahu mereka tidak mengidap kencing manis. Mereka sering berkata ‘tak apa gemuk asalkan saya sihat’. Namun selepas beberapa tahun mereka pasti akan terkejut apabila disahkan mengidap kencing manis dan penyakit kronik yang lain seperti jantung. Tubuh pula semakin letih tidak bermaya.
Jelaslah obesiti dan paras gula yang rendah pada awalnya merupakan suatu petanda buruk dan permulaan kepada bahaya-bahaya lain yang bakal menimpa.

Kenapa begini
Metabolisme rendah mengundang keletihan, jantung berdebar-debar dan mood yang tidak stabil. Ramai yang pergi berjumpa doktor kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tubuh mereka. Tetapi doktor gagal mengesan masalahnya kerana pemeriksaan pada darahnya adalah normal.
Antara pemeriksaan yang dibuat adalah paras gula, paras kolesterol dan tekanan darah. Doktor memberitahu supaya berdiet dan melakukan senaman. Itu sahaja.

Mereka yang mengalami masalah ini pasti tertanya-tanya, jika mereka sihat mengapa berasa letih. Hati meronta-ronta mahu membuat senaman dan menjalani gaya hidup aktif tapi tubuh tidak mahu bergerak.

Apakah sebenar yang berlaku
Apabila kita makan banyak makanan berkarbohidrat dan bergula tinggi paras gula dalam tubuh kita meningkat. Insulin iaitu hormon yang mengawal kestabilan paras gula dalam tubuh juga akan meningkat. Apabila terdapat terlalu banyak insulin maka paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Lama kelamaan tubuh kita tidak lagi sensitif kepada insulin.
Maka insulin mula terhasil dengan semakin banyak mula memberikan kesan negatif. Paras insulin yang tidak menentu menyebabkan paras gula tidak stabil. Apabila gula terlalu rendah seseorang mula berasa gelisah, resah, berdebar-debar dan moodnya tertekan dan  akan sering kelesuan.

Kitaran yang berbahaya
Tubuhnya yang lemah akan memberi signal berterusan kepada otak bahawa ia kurang tenaga. Akibatnya mereka akan mengambil makanan manis bagi meningkatkan paras tenaga.  Keletihan dan kurang tenaga disalah tafsir oleh otak sebagai lapar. Fenomena ini menjadi suatu kitaran yang berbahaya kerana lama kelamaan tubuh akan menjadi bertambah gemuk serta mengundang pelbagai penyakit kronik.

Apabila tubuh tidak lagi sensitif terhadap insulin maka kitaran hormon dalam tubuh kita akan menjadi kelam kabut. Hormon adrenal seperti ACTH akan keluar dengan banyak menyebabkan lemak berkumpul pada belakang tengkuk dan belakang badan kita.
Badan akan mengembang menjadi bertambah lebar dan semakin besar. Bahagian dari pinggang ke atas tampak besar longgar dan menggeleber. Usaha bersenam dan berdiet adalah sia-sia kerana lemak seperti ini tidak boleh dipulihkan dengan diet. Sebaliknya ia hanya boleh dipulihkan dengan pemulihan sistem hormon tubuh kita.
Pemulihan semula memerlukan komitmen yang tinggi kerana ia melibatkan perubahan dalam cara makan, pemilihan makanan dan aktiviti seharian.

sumber : Utusan Malaysia


Siapakah yang tergolong dalam obesiti
• Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;
• Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;
• Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);
• Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan
• Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.


Makanan dan kesesuaian
 

          


Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Ini kerana diet pemakanan yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik. Tentu ramai di kalangan anda yang gemar menghabiskan masa berada di hadapan televisyen. Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat aktiviti seperti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh badan anda.
Aktiviti ini dipanggil sebagai aktiviti statik kerana anda hanya duduk dan tidak sedikit pun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan.
Untuk itu, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda bolehlah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta di waktu lapang atau apa sahaja aktiviti yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda. Dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat.
Apakah berat badan sepatutnya?
Manusia dilahirkan dengan saiz, tinggi, dan bentuk badan yang berbeza. Sebab itu, tidak semua orang mempunyai ketinggian, bentuk, dan berat badan yang sama. Berat badan sepatutnya dikategorikan sebagai sederhana, iaitu tidak gemuk dan tidak pula kurus.
 Jika anda hendakkan berat badan sebegini, anda perlu menjauhi makanan yang mengandungi banyak lemak dan kalori. Tetapi, jangan berlapar sehingga badan berubah menjadi kurus. Makanlah dengan cukup. Oleh itu, banyakkan makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana badan anda amat memerlukan makanan tersebut.
Pemakanan
Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan dan penukaran makanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita juga dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan makanan, misalnya vitamin, protein, lemak, dan sebagainya.
Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu, dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan anda.
Apakah Indeks Jisim Badan?
Indeks Jisim Badan (BMI) atau Body Mass Index merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.

Kandungan lemak dalam makanan
Apa sahaja makanan yang kita makan, sebenarnya mengandungi banyak kalori daripada lemak. Di bawah ini, anda boleh mengikuti garis panduan diet Malaysia sebagai rancangan diet anda.
Makanan tinggi lemak
• Hamburger saiz biasa 11.8 39
• Hot dog 14.5 54
• Kentang goreng 20-25 keping (saiz biasa yang
• digoreng dengan minyak sayuran) 12.247
• Keropok kentang - 1 aun 10.1 61
• Mentega/marjerin - 1 sudu teh 4 94
• Sos salad - 2 sudu makan 11.1 85
• Kek keju 16.3 57


Makanan rendah lemak
• Kacang hijau - direbus = cawan 0.2 9
• Roti - 1 keping 1.1 16
• Mil oat - 1 cawan 2.4 15
• Buah epal - 1 biji 0.5 6
• Ubi kentang - 1 biji dipanggang 0.2 1

Jangan jadikan amalan, makan sambil menonton televisyen. Perbuatan ini boleh menyebabkan anda seronok sehingga tidak mahu berhenti makan.
Risiko kesihatan
Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:
• Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
• Strok (angin ahmar)
• Tekanan darah tinggi
• Batu hempedu
• Diabetes (kencing manis)
• Paras kolesterol darah yang tinggi
• Gout
• Sakit di bahagian bawah belakang badan
• Sukar bernafas
• Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
• Gangguan pembuangan air kecil
• Penyakit hati
• Barah usus

Penggunaan produk minuman '3-in-1' yang kini menjadi pilihan kebanyakan masyarakat perlu dikawal pengambilannya kerana ia boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berlebihan.

Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Roslee Rajikan berkata pengguna perlu bijak membuat pilihan dengan melihat label nutrien atau zat makanan pada produk berkenaan. Katanya, jika pengambilan produk ini sekali sekala tanpa berlebihan, ia tidak menimbulkan masalah. Tetapi jika sehari lima hingga enam kali, mungkin boleh menimbulkan masalah.

Dr Roslee berkata pengguna tidak boleh mengawal pengambilan gula dengan pengambilan minuman 3-in-1, berbanding jika menyediakan sendiri minuman. Menurut kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), rakyat negara ini mengambil secara purata 26 sudu teh gula setiap hari, iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Dr Roslee berkata untuk mendidik masyarakat mengurangkan pengambilan gula bukan satu perkara mudah meskipun pelbagai kempen diadakan untuk menyedarkan masyarakat. Menurutnya, ramai juga orang yang telah mempunyai kesedaran dan beralih kepada corak pengambilan yang lebih baik. Dahulu, tidak pernah dengar teh tarik kurang manis dan teh O kurang manis. Tetapi sekarang sudah menjadi perkara biasa.

Dr Roslee berkata meskipun kerajaan menambah bekalan gula sebanyak 15 peratus daripada biasa sebagai persediaan menyambut perayaan, orang ramai perlu bijak mengawal penggunaannya. Beliau juga menasihatkan individu yang mempunyai ibu bapa atau keluarga yang menghidap diabetis supaya mengawal pengambilan gula dan mengamalkan pemakanan sihat bagi mengurangkan risiko menghidap penyakit yang sama.

Ujarnya, memang ada sedikit pengaruh genetik kepada perkembangan penyakit ini. Tetapi,  masalah ini tidak boleh disalahkan kepada ibu bapa (yang menghidap diabetis) sedangkan kita mempunyai keupayaan untuk mengubah cara hidup terutama pengambilan makanan yang sihat serta bersenam.
Sumber: Bernama, 26 Julai 2010

Cara Kurangkan Berat Badan


Tips Kuruskan Badan


December 19th, 2010 Anne 

Nak kuruskan Badan & kelihatan langsing?… Ada ke tips yang boleh saya lakukan?… Macam mana ya?…
Jomlah saya kongsikan 10 tip kuruskan badan di sini… 

1. Pilih Program Pelangsingan & Pengurangan Berat Badan Yang Sesuai
Macam mana nak pilih tu?… Nasihat saya, pilihlah program yang fokus pada strategi untuk jangka masa panjang dan bukan hanya semasa anda ‘berdiet’ & menjalani program sahaja. Program yang mengesyorkan anda untuk memakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang lebih, membolehkan anda untuk makan sebanyak yang anda inginkan tanpa menambah kalori. Memakan sayur-sayuran & buah-buahan yang memang kaya dengan khasiat dan serat juga penuh dengan nutrisi memang baik untuk tubuh anda…..

2. Simpan Stok Makanan Sihat
Tukarlah stok makanan di rumah anda dengan pilihan makanan yang sihat dan rendah lemak. Contohnya seperti buah-buahan segar, anda boleh letakkannya di atas meja di dapur anda dan ini akan memudahkan anda untuk mengambilnya sebagai snek yang sihat.

3. Jangan Lakukan Diet Anda Sendirian
Kajian ada menunjukkan bahawa seseorang itu akan lebih berjaya di dalam program pelangsingan & pengurangan berat badan mereka jika mereka melakukannya bersama rakan ataupun berkumpulan.

4. Tetapkan Matlamat Anda & Fokus
Anda seharusnya mempunyai matlamat pelangsingan & pengurangan berat badan anda. Kemudian fokus agar anda dapat mencapai matlamat anda itu.

5. Buat Perancangan
Jika anda tidak merancang apa yang akan anda lakukan, anda sebenarnya merancang untuk gagal. Jadi buatlah perancangan pelangsingan & pengurangan berat badan anda. Sediakan jadual dan lakukannya.

6. Makan Lebih Kerap Adalah Lebih Baik
Untuk berdiet, anda tidak seharusnya berlapar. Makanlah dengan kerap tetapi dengan hidangan yang lebih kecil. Makan 3 hidangan makan utama iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Ambil & makanlah snek sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar di antara makan utama anda.

7. Gantikan Makanan Anda
Gantikan makanan anda dengan makanan yang rendah lemak dan kurangkan pengambilan gula adalah cara termudah untuk mengurangkan pengambilan kalori anda. Contohnya seperti jika anda suka makan aiskrim gantikannya dengan yoghurt yang rendah lemak.

8. Lakukan Lebih Pergerakan
Tingkatkan aktiviti fizikal harian anda, seperti berjalan. Jika ini dilakukan dengan pemakanan yang sihat & seimbang akan dapat membantu ke arah kejayaan pelangsingan & pengurangan berat badan untuk jangka masa panjang. Lebih banyak pergerakan yang anda lakukan adalah lebih baik.

9. Pantau Perkembangan Anda
Simpan dan catatkan apa yang anda makan dan jadual senaman anda setiap hari akan membantu agar anda lebih bertanggungjawab terhadap program pelangsingan & pengurangan berat badan anda. Ianya juga dapat memantau keberkesanan ataupun tidak program anda itu.

10. Minum Air Putih
Adalah penting untuk anda meminum air putih, terutama ketika anda kehilangan berat badan, semasa anda menjalani program pelangsingan & pengurangan berat badan kerana tubuh anda secara semulajadi akan kehilangan air. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas air putih setiap hari.


Itulah tipsnya… jangan baca je ya…  marilah kita lakukannya…

Petua Untuk Kurus dan Langsing


Berat yang Berlebihan???

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya


Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan, artikel ni sangat berguna untuk kalian... Baca dan cuba amalkan... Good luck ye! :)

     1.    JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi


2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.


3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

 

Kenapa anda perlu minum banyak air ketika berdiet ?


Kenapa anda perlu minum banyak air ketika berdiet ?
Apa yang anda sudah tahu: Minum sekurang-kurangnya 2 litre air setiap hari. Minum lebih banyak adalah lebih baik.
Apa yang anda belum tahu. Kenapa ?
Ini adalah diantara sebab-sebab kenapa anda perlu meminum banyak air ketika berdiet:

Sekiranya anda kurang minum air, percaya atau tidak anda berada didalam keadaan dehidrasi (kekurangan air) yg sederhana. Ini boleh menyebabkan badan anda kepenatan atau fatigue. Namun yang paling penting lagi ketika anda berusaha untuk menguruskan badan, keadaan ini menyebabkan metabolisma anda semakin rendah dan penurunan berat badan anda akan menjadi lambat.

Air adalah bahan yang penting didalam badan dan sangat diperlukan untuk enzim penghadaman makanan, pengaliran darah dan peluh/keringat yang sempurna

Air akan menyeragamkan suhu badan anda dan membawa segala zat pemakanan yang diperlukan keseluruh badan

Air adalah penting untuk semua organ badan berfungsi dan juga untuk proses didalam se-sel badan

Air adalah penting untuk fungsi penghadaman makanan dan pembuangan air serta kumuhan pembakaran lemak (ketone). Minum air yang banyak juga akan membantu masalah sembelit

Ia juga membantu mengekalkan PH yang seimbang didalam badan anda. PH badan yang asidik akan melambatkan pembakaran lemak

Minumlah banyak air semasa anda berdiet SD2 kerana ia bukan sahaja menyihatkan badan anda tetapi juga membantu untuk menurunkan berat badan dengan lebih baik.


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.

Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. MAKAN SIKIT TAPI BANYAK KALI
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. ELAK MAKANAN RINGAN
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. MAKAN DILUAR
Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. TIMBANG
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. PILIH MAKANAN YANG BERASASKAN BIJIRIN DAN KEKACANG.
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS!
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. MEMASAK MAKANAN
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. MEMILIH HIDANGAN
Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. BERJALAN JALAN SELEPAS MAKAN
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. BERBELANJA
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. GERAKKAN PUNGGUNG
Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. PENGGUNAAN GULA
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:-

- Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
- Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
- Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
- Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
- Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.
26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut:-

Ambil 5 halia bara ( Halia Cina )
10 biji lada hitam
30 ekor ikan bilis.

Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan Buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.


 

Lagi 10 Tips Mudah Langsing & Kuruskan Badan…

December 27th, 2010 Anne
Apakah 10 Tips Mudah Langsing & Kuruskan Badan?… Nak langsing & kuruskan badan ni mudah ke?…

Sebenarnya, jika kita fikirkan ianya mudah… mudahlah jadinya… Tapi jika kita fikirkan sebaliknya, maka sebaliknyalah jadinya… heehee… Kita hanya perlu yakin kita boleh melakukannya…  dan insyaAllah kita boleh… Marilah kita mulakannya…
  1. Kurangkan minum minuman manis, berkarbonat & berkafein. Sebaliknya, minumlah air putih, susu segar rendah lemak, minuman tanpa kalori dan juga jus buah-buahan segar.
  2. Makan dan kunyahlah dengan perlahan ~ bila kita makan terlalu cepat, kita akan cenderung untuk makan lebih banyak.
  3. Pilih makanan yang berasaskan sup, seperti sup ayam atau tomyam campur, yang mengandungi banyak sayur-sayuran berbanding dengan sup berkrim.
  4. Jika kita makan di luar, makanlah separuh hidangan sahaja & separuh lagi bungkus untuk di bawa pulang. Ataupun berkongsilah dengan rakan kita.
  5. Sentiasa letakkan semangkuk buah-buahan segar di atas meja di dapur kita dan bukannya setin biskut.
  6. Jangan lewatkan makan – kerana kita akan cenderung menjadi terlalu lapar dan akan makan lebih banyak pada hidangan makan seterusnya.
  7. Tambahkan satu cawan sayur-sayuran ke dalam sup kegemaran atau masakan pasta kita.
  8. Jangan simpan snek atau makanan ringan yang berkalori tinggi di rumah – hanya beli buah-buahan dan sayur-sayuran segar, yogurt rendah lemak, dan bijiran & kekacang yang dijadikan sebagai snek yang lebih berkhasiat.
  9. Ketahui kalori makanan yang kita ambil dan simpan di dalam jurnal pemakanan kita.
  10. Lebihkan pergerakan – berjalan atau berlari setiap hari untuk membakar kalori.
Kita dah tahu 10 tips mudah ini… jadi inilah masanya untuk kita bertindak… mari kita amalkan & lakukannya dengan konsisten… tips mana yang akan kita lakukan dulu?…