Bagaimana nak membuang lemak di
bahagian perut?
Ini menjadi topik yang selalu
menjadi bualan. Baca tip-tip bawah ini untuk membuang lemak yang tidak
dikehendaki dan nampakkan otot di bahagian perut anda.
1) Makan
makanan yang betul
Untuk mengempiskan perut kita perlu
makan makanan yang seimbang didalam makanan harian kita kerana diet yang betul
boleh membuang lemakdi bahagian perut. Makan yang betul sepatutnya mengandungi
karbohidrat kompleks, fiber, vitamin dan mineral, “lean protein” , ikan dan the
hijau.
2)
Tinggalkan makanan ringan atau fast food
Makan makanan ringan dan makanan
segera adalah tidak baik untuk kesihatan dan akan membuatkan lemak berkumpul di
bahagian perut jika diambil dengan berlebihan. Kita sepatutnya menggelakkan
mengambil karbohidrat yang diprocess, gula, makan goreng(”deep fried food” ),
makanan segera dan apa jua makanan berlemak.
3)
Berhenti makan lewat malam.
Kebanyakkan orang akan terus tidur
selepas makan lewat malam. Ini bermakna lebihan gula yang dimakan semasa makan
lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak
semasa kita tidur.
4)
Kurangkan minum soda, jus atau minuman bergula.
Soda, jus asli atau minuman bergula
mengandungi banyak kalori dan akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan
perut. Berhenti minum minuman bergula dan banyakkan minum air kosong atau air
mineral.
5) Latihan
kardio dan berat.
Melakukan senaman kardio adalah amat
penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori lebih
banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio seperti jogging,
berjalan. Dan menaiki tangga. Diharap dengan tip-tip yang diberi dapat membantu
anda dalam usaha anda mendapatkan bentuk badan yang di ingini.


No comments:
Post a Comment