Kenapa perlu bersenam?
Bersenam bukan sahaja untuk
memantapkan fizikal tubuh. Bahkan ia juga baik untuk mengatasi msalah
kolesterol. Pakar kesihatan mengesyorkan agar anda melakukan aktiviti senaman
kira2 20-30 minit setiap hari. Oleh itu, kualiti pernafasan dan kadar denyutan
jantung boleh ditingkatkan. Aktiviti senaman bukan sahaja mengelakkan risiko
penyakit jantung, bahkan juga mengatasi masalah tekanan darah tinggi dan
kencing manis. Tindakan merokok dan pengambilan alkohol yang berlebihan pula
boleh meningkatkan tahap kolestrol jahat dan juga risiko penyakit jantung.
Ringkasan: BERHENTILAH MEROKOK!
Anda tahu tidak kenapa kita perlu bersenam? Faedahnya banyak. Dengan
bersenam, badan kita akan jadi sihat dan kuat. Kita juga akan jauh daripada
pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah:
• Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot.
• Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.
• Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok).
• Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah.
• Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal.
• Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain.
• Kanak-kanak yang kurus lebih aktif berbanding kanak-kanak yang gemuk.
No comments:
Post a Comment