Tuesday, 7 February 2012

Tips Kurus


5 Tips kurus

1 Senaman ~ Tips kurus paling berkesan melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang sedang berdiet, sebaiknya lakukan secara seimbang dan mengikut kemampuan diri. Mulakan dengan perlahan-lahan ini tidak akan membebankan badan…

2 Makan Makanan Sihat ~ Seimbangkan diet anda, lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan pastinya diet kurus anda akan menjadi sempurna. Ada juga tips – tips diet untuk kurus menyatakan supaya menyimpan buah apal hijau di dalam peti sejuk dan gantikannya menjadi snek apabila anda berkeinginan untuk mengunyah. Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti apal hijau, carot, oren, limau dan sebagainya mengikut kegemaran anda. Yogurt juga baik untuk mereka yang sedang berdiet…

3 Kurangkan Makan ~ Kawal diet anda, makan hanya pada waktu yang betul dan kuantiti yang berpatutan. Salah satu tips diet kurus lagi adalah dengan mengurangkan separuh dari kadar pemakanan anda sebelum ini, contohnya sebelum ini anda makan 2 senduk nasik, ketika dalam proses diet cuba kurangkan kepada 1 senduk sahaja. Tips diet untuk mengurangkan makan juga boleh dilakukan dengan menambahkan serat yang banyak di dalam diet anda, makanlah sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran. Diet buah-buahan ini boleh juga di ambil diantara waktu makan jadi perut anda tidak kosong dan lapar lagi… pastinya program kurus anda akan berjalan dengan lancar.

4 Eskpresi Diri ~ Lakukan apa yang anda ingin lakukan. Katakan apa yang anda ingin katakan serta lakukan segala yang betul untuk diri sendiri. Sibukkanlah diri dengan aktiviti kegemaran, jangan membiarkan masa anda terbuang begitu sahaja. Ini dapat mengelakkan dari anda berfikir untuk makan apabila bosan sebaliknya anda pastinya akan sentiasa gembira dan ceria… Begitulah ekspresi diri juga turut menyumbang dalam mengrealisasikan program kurus anda.

5 Kawal emosi ~ Satu lagi tips kurus yang tidak harus dilupakan dalam program kurus anda, bijaklah mengawal emosi dan pemikiran anda, dengan ini anda akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri. Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri jadi untuk merealisasikan diet kurus anda, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. Diet kurus anda juga akan lebih akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat……


Memang tidak dapat dinafikan akan betapa pentingnya untuk anda jalankan aktiviti bersenam secara konsisten dalam usaha kuruskan badan anda. Saya pasti, tujuan anda bersenam juga adalah untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik.

Dalam usaha anda bersenam, tahukah anda bahawa amalan pemakanan juga turut penting untuk anda ambil kira?

Anda makan untuk mendapatkan tenaga bagi menjalankan aktiviti bersenam tersebut dan dalam masa yang sama untuk menjalankan aktiviti seharian anda dengan lebih efisyen. Sebab itulah pentingnya untuk anda seimbangkan amalan pemakanan anda dan aktiviti bersenam anda.

Untuk mendapat kesan yang lebih positif daripada aktiviti bersenam anda, anda harus titik beratkan jenis makanan yang anda makan sebelum dan selepas anda ingin menjalankan sesuatu aktiviti senaman kardio.

Poin utama yang harus anda ingat ialah seimbangkan pengambilan makanan yang mengandungi protien dan karbohidrat dalam masa yang sama.

Bagaimana pula dari segi tempoh bila waktunya anda perlu makan sebelum bersenam?

Tempoh masa yang ideal untuk anda makan sebelum anda menjalankan sesuatu aktiviti senaman ialah sejam sebelum anda bermula senaman tersebut. Jika anda ingin menjalankan aktiviti senaman ringan, tetapkan jumlah pengambilan makanan anda sejam sebelum bersenam lebih kurang 200 cal manakala untuk senaman berat, anda boleh ambil makanan yang mempunyai jumlah kalori diantara 4000 ke 5000 cal.

Ok, untuk memudahkan pemahaman anda dari segi kuantiti pengambilan campuran protein dan karbohidrat ini ialah …
Pastikan nisbah campuran makanan anda adalah:
  • 2/3 karbohidrat
  • 1/3 protein
Lebihkan karbohidrat berbanding protein. Dengan cara ini, lebih banyak tenaga dapat dibekalkan ke tubuh anda dan dalam masa yang sama, protein yang mencukupi untuk memastikan otot-otot anda berada dalam keadaan optimum ketika melakukan aktiviti bersenam.

Makan selepas anda selesai jalankan aktiviti bersenam juga amat penting.
Mari saya kongsikan mengapa …

Setiap kali anda bersenam, kuantiti tenaga dalam tubuh anda akan berkurang. Ia akan ditukarkan kepada glycogen. Otak dan sistem saraf tunjang anda amat memerlukan glycogen ini untuk terus berfungsi. Jika tenaga dalam bentuk glycogen yang sedia ada dalam tubuh anda (sebelum bersenam) tidak anda gantikan atau tambah, ini akan menyebabkan tubuh anda akan mula ‘menghakis’ tisu-tisu otot anda untuk ditukarkan kepada asid amino.
Amino asid inilah yang akan dijadikan sebagai bahan ganti kekurangan glycogen dalam tubuh anda untuk kegunaan otak dan saraf tunjang anda.

Memang ngeri kan bunyinya 
Jadi, apa yang perlu anda buat adalah, setelah anda habis bersenam, anda seharusnya makan makanan berkarbohidrat tinggi yang berserat. 
Contohnya seperti nasi, oatmeal, pasta berserat tinggi ataupun buah-buahan. Ambil agak-agak lebih kurang 30-50 gram makanan berkarbohidrat tinggi ini.
Makan selepas lebih kurang 15 minit anda selesai bersenam.

Semoga panduan ini dapat memberikan anda tenaga yang berkekalan walaupun anda bersenam untuk menjalankan aktiviti seharian anda yang lain.

No comments:

Post a Comment