Tuesday, 7 February 2012

Tips Kuruskan Badan


December 19th, 2010 Anne 

Nak kuruskan Badan & kelihatan langsing?… Ada ke tips yang boleh saya lakukan?… Macam mana ya?…
Jomlah saya kongsikan 10 tip kuruskan badan di sini… 

1. Pilih Program Pelangsingan & Pengurangan Berat Badan Yang Sesuai
Macam mana nak pilih tu?… Nasihat saya, pilihlah program yang fokus pada strategi untuk jangka masa panjang dan bukan hanya semasa anda ‘berdiet’ & menjalani program sahaja. Program yang mengesyorkan anda untuk memakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang lebih, membolehkan anda untuk makan sebanyak yang anda inginkan tanpa menambah kalori. Memakan sayur-sayuran & buah-buahan yang memang kaya dengan khasiat dan serat juga penuh dengan nutrisi memang baik untuk tubuh anda…..

2. Simpan Stok Makanan Sihat
Tukarlah stok makanan di rumah anda dengan pilihan makanan yang sihat dan rendah lemak. Contohnya seperti buah-buahan segar, anda boleh letakkannya di atas meja di dapur anda dan ini akan memudahkan anda untuk mengambilnya sebagai snek yang sihat.

3. Jangan Lakukan Diet Anda Sendirian
Kajian ada menunjukkan bahawa seseorang itu akan lebih berjaya di dalam program pelangsingan & pengurangan berat badan mereka jika mereka melakukannya bersama rakan ataupun berkumpulan.

4. Tetapkan Matlamat Anda & Fokus
Anda seharusnya mempunyai matlamat pelangsingan & pengurangan berat badan anda. Kemudian fokus agar anda dapat mencapai matlamat anda itu.

5. Buat Perancangan
Jika anda tidak merancang apa yang akan anda lakukan, anda sebenarnya merancang untuk gagal. Jadi buatlah perancangan pelangsingan & pengurangan berat badan anda. Sediakan jadual dan lakukannya.

6. Makan Lebih Kerap Adalah Lebih Baik
Untuk berdiet, anda tidak seharusnya berlapar. Makanlah dengan kerap tetapi dengan hidangan yang lebih kecil. Makan 3 hidangan makan utama iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Ambil & makanlah snek sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar di antara makan utama anda.

7. Gantikan Makanan Anda
Gantikan makanan anda dengan makanan yang rendah lemak dan kurangkan pengambilan gula adalah cara termudah untuk mengurangkan pengambilan kalori anda. Contohnya seperti jika anda suka makan aiskrim gantikannya dengan yoghurt yang rendah lemak.

8. Lakukan Lebih Pergerakan
Tingkatkan aktiviti fizikal harian anda, seperti berjalan. Jika ini dilakukan dengan pemakanan yang sihat & seimbang akan dapat membantu ke arah kejayaan pelangsingan & pengurangan berat badan untuk jangka masa panjang. Lebih banyak pergerakan yang anda lakukan adalah lebih baik.

9. Pantau Perkembangan Anda
Simpan dan catatkan apa yang anda makan dan jadual senaman anda setiap hari akan membantu agar anda lebih bertanggungjawab terhadap program pelangsingan & pengurangan berat badan anda. Ianya juga dapat memantau keberkesanan ataupun tidak program anda itu.

10. Minum Air Putih
Adalah penting untuk anda meminum air putih, terutama ketika anda kehilangan berat badan, semasa anda menjalani program pelangsingan & pengurangan berat badan kerana tubuh anda secara semulajadi akan kehilangan air. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas air putih setiap hari.


Itulah tipsnya… jangan baca je ya…  marilah kita lakukannya…

No comments:

Post a Comment