Tuesday, 7 February 2012

Tips Senaman Ringan


Langsing & Berjalan

Berjalan boleh bakar lemak? Ya ke?…

December 18th, 2010 Anne
Langsing dan Berjalan Berjalan boleh bakar lemak? Biar betul… Saya berjalan setiap hari tapi tak kurus pun?… heehee…
Adakah ini yang bermain di fikiran anda?… Oklah saya nak tanya, berapa jauhkah anda berjalan dan untuk berapa lama? Adakah anda lakukannya setiap hari?
Kerana berjalan biasa dan berjalan untuk senaman punyai perbezaan. Dan perbezaannya adalah samada ianya membakar lemak di dalam tubuh badan anda ataupun tidak?
Jadi marilah ketahui bagaimana berapa cepat anda berjalan dapat membantu membakar lemak di dalam tubuh anda…..

1. Cara Memanaskan Badan Anda
Mula-mula, anda ingin bangunkan otot anda dan biarkan mereka tahu bahawa anda merancang untuk menjadi aktif buat masa ini. Berjalan laju dengan kadar sederhana sambil memanaskan badan selama 5-10 minit akan memberitahu otot anda bahawa mereka tidak boleh hanya duduk diam dan membakar gula yang sedia ada sahaja, mereka perlukan bantuan dari simpanan lemak badan anda.
Inilah sebabnya mengapa anda tidak patut mula berjalan dengan pantas serta-merta kerana apabila anda melakukannya, sel-sel anda tidak mendapat isyarat bahawa ini adalah untuk kegiatan jangka panjang, jadi tubuh anda akan membakar gula dalam badan sahaja dan bukannya lemak.

2. Sebagai Senaman
Kelajuan berjalan untuk membakar lemak yang optimum adalah kelajuan yang “ditentukan”.
Pada peringkat ini, anda harus perasan pernafasan anda namun anda mampu untuk meneruskan perbualan dengan sepenuhnya.
Denyutan jantung anda adalah 60-70% dari kadar maksimum denyutan jantung anda.
Ianya adalah seolah-olah anda sedang dalam perjalanan ke temujanji anda, atau anda telah terlewat 10 minit untuk temujanji anda.
Setelah anda capai tahap ini, berjalanlah pada kelajuan ini selama 30 minit setiap kali.

3. Tingkatkan Metabolisme Anda
Bagus, anda telah menipu tubuh anda untuk menggunakan simpanan lemak anda sebagai tenaga. Anda juga membina otot dan meningkatkan tahap BMR anda sehingga anda membakar lebih banyak kalori sepanjang hari.

4. Tapi Bagaimana Jika Saya Tak Boleh Berjalan Banyak?
Mulakanlah rutin berjalan anda sedikit demi sedikit dan kemudian tambahkannya setiap hari. Jika pada permulaan anda berjalan selama 10 minit setiap hari, kemudian lakukan 20 minit sehari dan seterusnya. Setiap aktiviti yang anda lakukan melebihi sebelumnya akan membantu anda untuk langsing dan mencapai matlamat penurunan berat badan anda.

Jadi marilah kita BERJALAN untuk senaman & mulakannya HARI INI juga
SENAMAN RINGAN JER... 


Senaman yang boleh dilakukan
Tentu ramai anda yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau ada penyakit, pasti ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti fizikal anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan:

• Berjalan kaki dengan cepat, menaiki tangga, bersenam aerobik.
• Berlari, lari-lari anak (joging), berbasikal, berenang, atau merentas desa.
• Bersukan dengan bermain tenis, bola sepak, atau skuasy.
• Berjalan-jalan, berkebun.
• Melakukan kerja-kerja rumah, menari, dan aktiviti-aktiviti yang lain.


 
 
 
 
 
 Berjalan-jalan selama 30 minit





Jogging..tapi tak lama...5 minit berhenti...jalan 5 minit..sambung lagi





Main badminton ½ jam dah ler





Jom menari




Sauna




 Aerobik...aerobik...
 

No comments:

Post a Comment