Tip
Gaya Hidup yang Sihat
|
|
- Kurangkan
pengambilan garam, lemak dan gula.
- Elak
dari menjadi gemuk
- Makan
makanan yang seimbang dengan melebihkan bahagian buah-buahan,
sayur-sayuran dan bijirin.
- Hadkan
pengambilan minuman beralkohol kepada 1-2 minuman sehari.
- Bersenam
selalu tetapi jangan melakukannya secara melampau
- Belajar
untuk beristirehat.
- Periksa
tekanan darah anda selalu. Jika umur anda melebihi 40 tahun, lakukan
setahun sekali atau lebih kerap jika hipertensi telah pun dikesan.
|
Obesiti Dan
Pemakanan
Ketagihan gula
Tubuh manusia mudah menjadi ketagih terhadap pelbagai jenis bahan dan molekul
kimia seperti alkohol, kafein, garam dan gula. Otak manusia mempunyai sejenis
memori yang mengesan bahan kimia.
Apabila lidah merasa bahan kimia tersebut, otak akan membuat rakaman memori
itu. Apabila tidak mendapat bahan tersebut, otak akan ‘meminta’ sehingga
akhirnya ketagihan berlaku sehingga akhirnya mengganggu sistem tubuh kita.
Ketagihan
gula menyebabkan perubahan struktur dalaman dalam darah sehingga menyukarkan
pembakaran lemak secara efektif. Akibatnya tubuh kita cenderung mengumpulkan
lemak. Seseorang yang ketagihan gula cenderung untuk minum minuman manis
beberapa kali sehari.
Kita
juga cepat lapar dan mudah letih. Bila mengambil minuman manis dia berasa
seolah-olah bertenaga. Namun perasaan itu tidak kekal lama. Dalam tempoh
beberapa jam dia teringin minuman manis semula. Dengan erti kata lain perasaan
letih dan lapar yang dialaminya merupakan satu ketagihan.
Meskipun
banyak gula diambil, paras gula dalam darah sentiasa rendah (hypoglycaemia).
Tubuh begitu cepat menukarkan gula kepada lemak. Kadar tindak balas kimia dalam
darah begitu cepat sebenarnya merupakan sesuatu yang tidak baik.
Pada
peringkat awal golongan ini menganggap diri mereka sihat kerana doktor
memberitahu mereka tidak mengidap kencing manis. Mereka sering berkata ‘tak apa
gemuk asalkan saya sihat’. Namun selepas beberapa tahun mereka pasti akan
terkejut apabila disahkan mengidap kencing manis dan penyakit kronik yang lain
seperti jantung. Tubuh pula semakin letih tidak bermaya.
Jelaslah
obesiti dan paras gula yang rendah pada awalnya merupakan suatu petanda buruk
dan permulaan kepada bahaya-bahaya lain yang bakal menimpa.
Kenapa begini
Metabolisme
rendah mengundang keletihan, jantung berdebar-debar dan mood yang tidak stabil.
Ramai yang pergi berjumpa doktor kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena
dengan tubuh mereka. Tetapi doktor gagal mengesan masalahnya kerana pemeriksaan
pada darahnya adalah normal.
Antara
pemeriksaan yang dibuat adalah paras gula, paras kolesterol dan tekanan darah.
Doktor memberitahu supaya berdiet dan melakukan senaman. Itu sahaja.
Mereka yang mengalami masalah ini pasti tertanya-tanya, jika mereka sihat
mengapa berasa letih. Hati meronta-ronta mahu membuat senaman dan menjalani
gaya hidup aktif tapi tubuh tidak mahu bergerak.
Apakah sebenar yang berlaku
Apabila
kita makan banyak makanan berkarbohidrat dan bergula tinggi paras gula dalam
tubuh kita meningkat. Insulin iaitu hormon yang mengawal kestabilan paras gula
dalam tubuh juga akan meningkat. Apabila terdapat terlalu banyak insulin maka
paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Lama kelamaan tubuh kita tidak lagi
sensitif kepada insulin.
Maka
insulin mula terhasil dengan semakin banyak mula memberikan kesan negatif.
Paras insulin yang tidak menentu menyebabkan paras gula tidak stabil. Apabila
gula terlalu rendah seseorang mula berasa gelisah, resah, berdebar-debar dan
moodnya tertekan dan akan sering kelesuan.
Kitaran yang berbahaya
Tubuhnya yang lemah akan memberi signal berterusan kepada otak bahawa ia kurang
tenaga. Akibatnya mereka akan mengambil makanan manis bagi meningkatkan paras
tenaga. Keletihan dan kurang tenaga disalah tafsir oleh otak sebagai
lapar. Fenomena ini menjadi suatu kitaran yang berbahaya kerana lama kelamaan
tubuh akan menjadi bertambah gemuk serta mengundang pelbagai penyakit kronik.
Apabila
tubuh tidak lagi sensitif terhadap insulin maka kitaran hormon dalam tubuh kita
akan menjadi kelam kabut. Hormon adrenal seperti ACTH akan keluar dengan banyak
menyebabkan lemak berkumpul pada belakang tengkuk dan belakang badan kita.
Badan
akan mengembang menjadi bertambah lebar dan semakin besar. Bahagian dari
pinggang ke atas tampak besar longgar dan menggeleber. Usaha bersenam dan
berdiet adalah sia-sia kerana lemak seperti ini tidak boleh dipulihkan dengan
diet. Sebaliknya ia hanya boleh dipulihkan dengan pemulihan sistem hormon tubuh
kita.
Pemulihan
semula memerlukan komitmen yang tinggi kerana ia melibatkan perubahan dalam
cara makan, pemilihan makanan dan aktiviti seharian.
sumber
: Utusan Malaysia
Siapakah yang tergolong dalam obesiti
• Mempunyai
berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;
• Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat
badan sepatutnya;
• Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk
bagaimana mengira BMI);
• Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes
(kencing manis); dan
• Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun
mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.
Makanan dan kesesuaian
Pemakanan
yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Ini kerana diet pemakanan yang
sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh
kita bekerja dengan lebih baik. Tentu ramai di kalangan anda yang gemar
menghabiskan masa berada di hadapan televisyen. Aktiviti sebegini memang menyeronokkan,
tetapi anda harus ingat aktiviti seperti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh
badan anda.
Aktiviti
ini dipanggil sebagai aktiviti statik kerana anda hanya duduk dan tidak sedikit
pun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh
mendatangkan kegemukan.
Untuk
itu, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda bolehlah melakukan
aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara
sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta di waktu lapang atau apa sahaja
aktiviti yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda. Dengan melakukan aktiviti
seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat.
Apakah berat badan sepatutnya?
Manusia
dilahirkan dengan saiz, tinggi, dan bentuk badan yang berbeza. Sebab itu, tidak
semua orang mempunyai ketinggian, bentuk, dan berat badan yang sama. Berat
badan sepatutnya dikategorikan sebagai sederhana, iaitu tidak gemuk dan tidak
pula kurus.
Jika
anda hendakkan berat badan sebegini, anda perlu menjauhi makanan yang
mengandungi banyak lemak dan kalori. Tetapi, jangan berlapar sehingga badan
berubah menjadi kurus. Makanlah dengan cukup. Oleh itu, banyakkan makan makanan
berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana badan anda amat
memerlukan makanan tersebut.
Pemakanan
Tahukah
anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan dan
penukaran makanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya
pemakanan, kita juga dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam
pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan makanan, misalnya vitamin,
protein, lemak, dan sebagainya.
Makanan
berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu, dan bijirin sebenarnya
dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan anda.
Apakah Indeks Jisim Badan?
Indeks
Jisim Badan (BMI) atau Body Mass Index merupakan formula untuk menilai berat
badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan
pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak
yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.
Kandungan lemak dalam makanan
Apa sahaja makanan yang kita
makan, sebenarnya mengandungi banyak kalori daripada lemak. Di bawah ini, anda
boleh mengikuti garis panduan diet Malaysia sebagai rancangan diet anda.
Makanan tinggi lemak
• Hamburger
saiz biasa 11.8 39
• Hot dog 14.5 54
• Kentang goreng 20-25 keping (saiz biasa yang
• digoreng dengan minyak sayuran) 12.247
• Keropok kentang - 1 aun 10.1 61
• Mentega/marjerin - 1 sudu teh 4 94
• Sos salad - 2 sudu makan 11.1 85
• Kek keju 16.3 57
Makanan rendah lemak
• Kacang hijau - direbus = cawan 0.2 9
• Roti - 1 keping 1.1 16
• Mil oat - 1 cawan 2.4 15
• Buah epal - 1 biji 0.5 6
• Ubi kentang - 1 biji dipanggang 0.2 1
Jangan jadikan amalan, makan sambil menonton televisyen. Perbuatan
ini boleh menyebabkan anda seronok sehingga tidak mahu berhenti makan.
Risiko kesihatan
Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh
berlaku, antaranya ialah:
• Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
• Strok (angin ahmar)
• Tekanan darah tinggi
• Batu hempedu
• Diabetes (kencing manis)
• Paras kolesterol darah yang tinggi
• Gout
• Sakit di bahagian bawah belakang badan
• Sukar bernafas
• Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
• Gangguan pembuangan air kecil
• Penyakit hati
• Barah usus
Penggunaan
produk minuman '3-in-1' yang kini menjadi pilihan kebanyakan masyarakat perlu
dikawal pengambilannya kerana ia boleh memudaratkan kesihatan jika diambil
secara berlebihan.
Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Roslee Rajikan berkata pengguna perlu bijak
membuat pilihan dengan melihat label nutrien atau zat makanan pada produk
berkenaan. Katanya, jika pengambilan produk ini sekali sekala tanpa berlebihan,
ia tidak menimbulkan masalah. Tetapi jika sehari lima hingga enam kali, mungkin
boleh menimbulkan masalah.
Dr Roslee
berkata pengguna tidak boleh mengawal pengambilan gula dengan pengambilan minuman
3-in-1, berbanding jika menyediakan sendiri minuman. Menurut kajian Persatuan
Pengguna Pulau Pinang (CAP), rakyat negara ini mengambil secara purata 26 sudu
teh gula setiap hari, iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada saranan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Dr Roslee berkata untuk mendidik masyarakat
mengurangkan pengambilan gula bukan satu perkara mudah meskipun pelbagai kempen
diadakan untuk menyedarkan masyarakat. Menurutnya, ramai juga orang yang telah
mempunyai kesedaran dan beralih kepada corak pengambilan yang lebih baik.
Dahulu, tidak pernah dengar teh tarik kurang manis dan teh O kurang manis.
Tetapi sekarang sudah menjadi perkara biasa.
Dr Roslee berkata meskipun kerajaan menambah
bekalan gula sebanyak 15 peratus daripada biasa sebagai persediaan menyambut
perayaan, orang ramai perlu bijak mengawal penggunaannya. Beliau juga
menasihatkan individu yang mempunyai ibu bapa atau keluarga yang menghidap
diabetis supaya mengawal pengambilan gula dan mengamalkan pemakanan sihat bagi
mengurangkan risiko menghidap penyakit yang sama.
Ujarnya, memang ada sedikit pengaruh genetik kepada
perkembangan penyakit ini. Tetapi, masalah ini tidak boleh disalahkan
kepada ibu bapa (yang menghidap diabetis) sedangkan kita mempunyai keupayaan
untuk mengubah cara hidup terutama pengambilan makanan yang sihat serta
bersenam.
Sumber: Bernama, 26 Julai 2010